ANAK-ANAK KECIL SERING MENANGIS / SAWAN TANGIS (TERKEJUT-TERKEJUT TIDAK MENGIRA WAKTU ATAU MASA ) (PADA PASANGAN YANG BARU MENDAPAT ANAK KECIL)

Bahan Yang diperlukan

1. Sebentuk Cincin Ikatan Batu Permata ( sewaktu bertunang atau lebih baik sewaktu pernikahan ).

2. Satu botol air mineral atau air panas mati ( air yang bolih diminum )

Caranya :

Cincin hendaklah dibasuh bersih terlebih dahulu dan masukkan kedalam air dan bacalah:
1. Surah Al-Fatihah - 3X
2 Surah Al-Ikhlas - 3X
3. Surah Al-Qursi - 1X
4. Selawat atas Nabi S.A.W. - 3X
5. Berdoa sendiri untuk keselamatan, Kesembuhan dan perlindungan kepada Allah untuk diri anak dan dijauhkan dari segala gangguan makhluk halus dan humbuskan kedalam air.

Kegunaan air hendaklah di sapu kemuka anak serta sagala sendi-sendi tubuh badannya.Sebelum itu lekapkan ibu jari kanan keatas lelangit dengan bacaan didalam hati.

l. Surah Al-fatihah - 3X
2. Surah AL-MASAD (Al-Lahab) - 3X
3. Selawat atas Nabi S.A.W. - 3X
4. Doa sendiri seperti diatas dan palitkan ibu jari kepada kedua belah mata anak didahului mata kanan dari dalam keluar ( dari sebelah hidung keluar )

Air bolih dibuat minuman atau dicampur dengan susu. Sementara cincin hendaklah berada selama 3 hari 3 malam didalam air tersebut. Ulangi sehingga anak tidak lagi menangis.

HIDUNG KERAP BERDARAH (TUMPUAN KEPADA ANAK-ANAK)

Bahan yang diperlukan :

1. Daun Sireh
2. Tuala Kecil (good moning)
3. Air Sejuk atau Air Campuran Air Batu


Caranya :

1. Ambil Sehelai Daun Sireh di bahagi Dua dan Gulung seperti gulungan rokok.

2. Gulungan hendak lah sekecil yang membolehkan ianya dimasukkan kedalam hidung yang berdarah.

3. Baringkan pesakit dan ambil tuala kecil yang telah direndam dengan air sejuk ( air batu ). Tekapkan dibahagian dahi dan seterusnya basahkan keseluruhan kepala dan muka.

4. Biarkan dalam kedudukan berbaring beberapa minit.

5. Bangunkan pesakit dan hidung hendaklah di hembus perlahan agar dapat mengeluarkan baki darah yang ada.

6. Ulangi sekali lagi dengan memasukan daun sireh sehingga tiada lagi darah keluar.


SEKIRANYA HIDUNG MASIH LAGI MENGELUARKAN DARAH HENDAKLAH DI ULANGI SEHINGGA BENAR-BENAR SEMBUH

SAKIT BENGOK , KELENJAR DI KEDUA BAHAGIAN BAWAH PIPI

Bahan yang diperlukan :-

1. Cuka Makan
2. Sebuku Nila Kain
3. Rumah Angkut-Angkut


Caranya :

1. Ambil rumah angkut-angkut letakan di piring seramik

2. Gaulkan bersama dengan nila kain dengan hancurkan hingga sebati

3. Curahkan cuka makan hingga serata dengan bahan hancuran tadi

4. Sapukan bahan yang telah sebati tadi pada sekeliling bengkak di kedua belah pipi


SEWAKTU PENYEDIAAN RAMUAN UBAT HENDAKLAH MEMBACA
a) Surah Al-Fatihah - 3 Kali
b) Surah Al-Ikhlas - 3 Kali
c) Selawat Atas Nabi - 3 Kali
d) Berdoa sendiri kepada Allah untuk kesembuhan mata tersebut.


ULANGI SAPUAN SEPANJANG HARI DENGAN KEKERAPAN (3) KALI SEHARI SEHINGGA SEMBUH DAN HILANG BENGKAK

SAKIT MATA YANG BERPANJANGAN (SAKIT MATA YANG BERTAHI MATA)

Bahan-bahan yang di perlukan:-

1. Garam Kasar
2. Telor Ayam Kampong 7 Biji
3. Kain Gause
4. Air Panas masak


Cara-cara perubatan nya :-

1. Mata di cuci bersih terlebih dahulu dengan air garam suam dan gunakan kain bersih atau lebih baik kain gause.

2. Ambil Kain gause yang lain dan lembabkan dengan air garam suam serta lekapkan pada kedua-dua belah mata.

3. Titiskan air garam pada kain gause tadi perlahan-lahan sementara kelopak mata hendaklah dibuka dan ditutup seiring dengan titisan air garam.

4. Lakukan sehingga mata menjadi pejar kemudian bersihkan dan keringkan.

5. Ambil satu biji telor ayam kampong, alinkan diatas kelopak serta sekeliling mata sebanyak tiga kali untuk satu mata.

Sewaktu mengalin telor hendaklah membaca:-
a) Surah Al-Fatihah - 3 Kali
b) Surah Al-Ikhlas - 3 Kali
c) Selawat Atas Nabi - 3 Kali
d) Berdoa sendiri kepada Allah untuk kesembuhan mata tersebut.

6. Setelah selesai mengalin telor hendaklah dipecahkan dan ambil kuning telor sahaja dan terus dimakan. ( Bacalah Bismillah dahulu dan Selawat Nabi 3 Kali )

7. Lakukan turutan diatas pada waktu sebelah pagi dan malam sehingga telor ayam habis ( Pagi sewaktu bangun tidur dan Malam sebelum tidur ).


PERUBATAN INI HENDAKLAH DILAKUKAN SETELAH SELESAI PERUBATAN HOSPITAL DAN PENYAKITNYA MASIH LAGI TIDAK SEMBUH-SEMBUH. INSYAALAH SELAMAT MENCUBA

MANDIAN UNTUK MEMBERSIHKAN DIRI (MANDIAN LIMAU)

Bahan yang diperlukan:-

1. Limau Pagar - 3 Biji
2. Limau Purut - 3 Biji
3. Limau nipis - 3 Biji

Cara penyediaan awal :-

Limau di bahagi tiga bahagian dengan satu bahagian terdiri dari semua jenis limau
1. Tiga bahagian bermakna untuk mandian selama Tiga Hari.
2. Ambil bahagian pertama ( HARI PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA ), Perah dahulu didalam baldi kecil hingga rata semua nya.


Sewaktu memerah hendaklah membaca:-
a) Surah Al Fatihah - 3 Kali
b) Surah Al Ikhlas - 3 Kali
c) Selawat Atas Nabi - 3 Kali
d) Berdoa sendiri


Cara mandi :

1 Bersihkan diri dengan mandian biasa terlebih dahulu hingga selesai

2 Mandian Hadas Besar

3 Ambil Wuduk

4 Ambil air perahan limau dan campurkan dengan air biasa hingga menjadi satu baldi besar.

5 Jirus air limau bermula dari atas kepala ( Sewaktu air mencecah kepala hendaklah didalam hati dengan berdoa sendiri ). Seketika air yang mengalir di mata hendak lah Mata di pejam celikkan, sementara bila air melalui di hadapan mulut hendak lah dirasai sedikit.


WAKTU MANDIAN HENDAK LAH SAMA KETIGA-TIGA HARI. SEBAGAI CONTOH SEKIRA NYA HARI PERTAMA MANDIAN BERMULA PADA WAKTU PETANG, PADA HARI KEDUA DAN KETIGA HENDAKLAH SAMA WAKTUNYA JUGA.