PENYAKIT BERKENAAN DENGAN TELINGA (BERNANAH ATAU SEBALIK NYA)

Bahan yang diperlukan :-

1. Minyak kelapa (Masak Sendiri) - 3biji (Santan)
2. Kemenyan Hitam - 50 gm
3. Bulu Ayam Kampong - 1 helai
4. Cotton Bad (pencuci telinga)


Caranya :-

a) Camporkan Minyak Kelapa dengan Kemenyam Hitam yang yang telah ditumbuk halus ( Ditapis Halus )

b) Bersihkan Bulu Ayam
-Bulu Ayam hendak lah diambil dengan bersyarat, Ayam hendaklah telah diberi Makan terlebih dahulu.
-Hendaklah Meminta Izin dahulu kepada ayam tersebut sebelum Bulu nya di Cabut ( cth: Hai, Ayam aku mohon izin mengambil bulu mu sehelai untuk mengubati telinga Ku atau Si Polan Bin Si polan) dan ucapankan lah terima kasih sebelum ia nya di lepaskan.

c) Bersih Telinga dengan Cotton Bad terlebih dahulu.

d) Guna Bulu Ayam dan Culupkan ke dalam Minyak Kelapa.

e) Masukkan Bulu Ayam tersebut ke dalam Telinga dan Gentel-Gentelkan untuk beberapa kali. ( LAKUKAN SEWAKTU BULU AYAM BASAH DAN TERAKHIR SEKALI DENGAN YANG KERING )

f) Lakukan sebanyak 3 kali turutan dan di lakukan 3 kali sehari.
( Di Waktu Pagi dan Petang selepas mandi dan Di Waktu Malam Sebelum Tidur ).

g) Ulangi sehingga mendapat kelegaan.



SEBELUM MEMASUKKAN BULU AYAM KEDALAM TELINGA HENDAK LAH MEMBACA :-
-SURAH AL FATIHAH - 3 KALI
-SURAH AL IKHLAS - 3 KALI
-SELAWAT KE ATAS NABI - 3 KALI
-BERDOA LAH SENDIRI MEMOHON UNTUK KESEMBUHAN
-HEMBUSKAN NAFAS KEDALAM BEKAS MINYAK

RAMUAN PENYAKIT KULIT (KAYAP,KUDIS BUTA ,MAKAN AIR DI CELAH JARI KAKI / TANGAN DLL)

Bahan yang diperlukan :-

Buah keras (telah dibuang kulit) - 500 gm hingga 1 kg (boleh disimpan lama)


Caranya :-

Buah keras hendaklah di bakar Hangus dan kemudian ianya hendaklah di Blender sehingga menjadi Minyak (Seperti Minyak Hitam).

RAMUAN TERSEBUT HENDAKLAH DISIMPAN DIDALAM BEKAS DAN DIJAUHI DARI CUACA YANG TERLALU PANAS DAN TERLALU SEJUK.

Cara guna:-

MINYAK DAN HAMPAS BUAH KERAS HENDAKLAH DISAPU RATA KEATAS PENYAKIT YANG DI HIDAPI BERMULA PADA WAKTU MALAM HARI TERLEBIH DAHULU SEBELUM TIDUR ( HARI PERTAMA ) DAN KEESOKAN PAGI DAN PETANG SELEPAS MANDI DAN SETERUSNYA HINGGA SEMBUH.

( INSYAALAH APABILA SEMBUH NANTI IANYA TIDAK AKAN MENINGGAL SEBARANG PARUT DI KULIT )

RAMUAN ANAK LAMBAT BERJALAN (anak kecil)

Bahan yang diperlukan :-

Rebung Kunyit


Caranya :-

1. Minyak Kelapa masak sendiri ( Santan 3 Biji Kelapa )

2. Rebung Kunyit Sebanyak 7, 9, 11, 13, 15 atau berganjil


SETELAH SANTAN KELAPA MENJADI MINYAK, ASINGKAN TERLEBIH DAHULU DAN MASUKKAN REBUNG KUNYIT YANG TELAH DI TUMBUK KEDALAM MINYAK KELAPA ( Sewaktu Minyak masih panas lagi ) SERTA KACAU MENJADI SEBATI.



Cara guna :-

Sapu pada setiap Sendi Seluruh Badan Anak Pada setiap Pagi dan Petang selepas mandi dan sebelum tidur malam, lakukan sehingga minyak habis.

RAMUAN UNTUK PENYAKIT BUASIR

Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Kulit Buah Delima - 1 Biji buah Delima.
2. Ibu Kunyit - 500 gm
3. Daun Inai - Dengan sukatan satu dahan yang berdaun lebat.
4. Ubi Temu Hitam - 500 gm

SEMUA RAMUAN HENDAKLAH DI BLENDER DENGAN NISBAH AIR 1 LETER
( AIR YANG SEDIA BOLEH DI MINUM ).
JADIKAN SEBAGAI *JUS* DAN DI MASUKKAN DALAM BEKAS DAN SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK.


Caranya :-

a). Ambil satu sudu camca *JUS* dan masukkan kedalam gelas kemudian di tambah dengan air masak mendidih.

b) Suamkan ramuan dan sedia untuk di minum.

c) Ramuan hendak lah di amalkan dan di ulangi setiap hari selepas sarapan pagi dan sebelum tidur sehingga sembuh.

d) Untuk demahan pada lubang dubur, ambil putik kelapa yang telah di lumur dengan minyak kelapa, panaskan ke api dan di balut dengan kain. Dudukkanlah diatas nya dengan keselesaan sendiri bagi pengecutan luaran.


SEBELUM MINUM *JUS* HENDAKLAH MEMBACA SURAH:-

i) AL FATIHAH - 3 KALI
ii) AL KHULYA - 1 KALI
iii) AL IKHLAS - 1 KALI
iv) AL FALAK - 1 KALI
v) AN NAS - 1 KALI
vi) SELAWAT ATAS NABI - 3 KALI
vii) BERDOA SENDIRI KEPADA ALLAH UNTUK KESEMBUHAN
viii)HEMBUSKAN NAFAS KEMULUT GELAS DAN MINUM

RAMUAN UNTUK BATUK YANG BERPANJANGAN

RAMUAN PERTAMA

Bunga Belimbing Buluh (SESUAI UNTUK ANAK-ANAK KECIL)

Caranya :-

a). Ambil semangkuk bunga belimbing buluh dan dibahagi 3 ( tiga ) – Satu bahagian untuk DUA hari

b) Masukkan kedalam mangkuk yang tahan panas,isikan sedikit air ( lebih kurang 3 sudu camca minuman ).

c) Kukus ramuan sehingga 3 hingga 6 jam.

d) Sejukkan dan bolihlah di beri minum mengikut sukatan 1 sudu camca,tiga 3 atau 4 kali sehari

AMALKAN SELAMA SEMINGGU.




RAMUAN KEDUA

Kelapa Muda (Masih Rebung tetapi berair)

Caranya :-

a) Keluarkan air kelapa dan campurkan sedikit tempurung muda.

b) Campuran hendaklah di blender dan di turas airnya dengan kain.

c) Amalkan meminumnya 3 kali sehari dan di bolehkan dicampur dengan gula batu.

AMALKAN DENGAN HANYA TIGA BIJI KELAPA SAHAJA.
( minum secara berturut-turut sehingga habis kelapa muda ).





RAMUAN KETIGA

Kelapa Muda (Isi yang berhingus)

Caranya :-

a) Air dan isinya hendaklah di blender.

b) Sewaktu hendak minum di bolehkan di campur dengan gula batu.

AMALKAN DENGAN HANYA TIGA BIJI KELAPA SAHAJA
(minum secara berturut-turut sehingga habis kelapa )

RAMUAN LUKA YANG BESAR ATAU TERKENA AIR / MINYAK PANAS DAN YANG TELAH MENGELUPAS KULIT

Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Manja Kani - 600 gm
2. Kayu Manis - 150 gm


Cara membuatnya :-

1. Manja Kani dan Kayu Manis terlebih dahulu hendaklah di jemur kering atau di rendang dalam kuali tanpa berminyak sehingga garing atau kering.

2. Seterus nya kedua-kedua nya hendak lah di tumbuk agar memudahkan untuk dilender halus.

3. Setelah di blender hendaklah ditapis halus dan disimpan di tempat yang
Kering.


Cara menggunakannya ;-

1. Luka hendak lah di bersihkan terlebih dahulu.

2. Taburkan keatas luka hingga rata.

3. Gunakan Bandge untuk penyerapan ramuan dengan cepat.

4. Balut sehingga 10 hingga 15 minit dan buka.

5. Lihat ramuan sekira nya masih ada lembapan pada luka, perlu di tabur sekali lagi dan tidak perlu lagi di bandge ( cukup dengan menekan dengan kain gause sahaja ).

6. Keadaan pada luka hendaklah kelihatan kering seperti parut.

7. Di hari-hari kemudian sekiranya parut kelihatan terlalu kering,perlulah menggunakkan sebarang minyak untuk pelembapan.


SESUAI UNTUK LUKA-LUKA YANG LEBAR (BESAR) DAN JUGA YANG KECIL SEPERTI LUKA TERHIRIS PISAU DAN SEBAGAI NYA. SESUAI JUGA DIGUNAKAN PADA GUSI YANG GIGI BARU DICABUT, HANYA DENGAN MELEKAPKAN RAMUAN TERSEBUT PADA GUSI DENGAN MENGGUNAKAN KAIN GAUSE.

UNTUK LUKA LAMA YANG TELAH BERPARUT DAN MASIH LAGI TIDAK SEMBUH DAN BERNANAH:-
Perlu di sediakan:
1. Ibu atau Kunyit HIdup - 250 grm
2. Minyak Masak
3. Daun Tembaga Suasa @ Daun Bangkung @ Daun Mulung
4. Bandge 1 @ 2 Gulung yang mana sesuai

KUNYIT HENDAKLAH DI PARUT ATAU DI BLENDER HALUS DAN DI MASAK DENGAN MINYAK SEHINGGA MENDIDIH.SETELAH SEJUK PARUTAN TADI HENDAKLAH DITEMPEKKAN RATA PADA RARUTAN LUKA. KEMUDIAN DI BUNGKUS DENGAN DAUN TEMBAGA SUASA YANG TELAH DI LAYURKAN KE API(seperti layuran daun pisang)DAN DI BALUT DENGAN BANDGE SELAMA 1 @ 2 JAM ATAU LEBIH BAGI MELEMBUTKAN PARUTAN.BUKA DAN BERSIHKAN PARUTAN LUKA DENGAN KAIN GAUSE SEHINGGA LUKA MENJADI SEPERTI ASAL(seperti luka mula terkena). AKHIR SEKALI TABURKAN SERBUK SEPERTI MANA PERATURAN YANG DI ATAS.




MENGUBATI LUKA-LUKA KECIL DAN MENAHAN PENGALIRAN DARAH TERKENA HIRISAN PISAU SERTA BARU TERKENA API ATAU MINYAK PANAS SEBELUM IANYA MENGELEMBUNG.


Caranya :-

Letakkan ibu jari kelelangit (mulut) dalam masa yang sama bacalah :-
- Surah Al Fatihah - 3 Kali
- Surah Al Ikhlas - 3 Kali
- Selawat atas Nabi - 3 Kali

KELUARKAN JARI DAN BACALAH SURAh AL-MASAD (AL-LAHAB) ( pada ayat Pertama lekapkan jari pada luka dan berhenti seketika ). TERUSKAN SURAH HINGGA SELESAI, LURUTKAN JEJARI MENGIKUT ARAH LUKA KELUAR.

RAMUAN TERSELIUH DAN MEMBENGKAK TERMASUK PATAH TULANG / TULANG RETAK

Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Halia muda - 1 Buku (500 gm)
2. Bawang Putih - 250 gm
3. Rempah Sop Bonjot - 1 Bungkus
4. Lada Hitam - 1 Bungkus ( 150 gm )
5. Jadam - 500 gm
6. Daun Tembaga suasa @ Mulung @ Bangkung


Caranya :-

1. Halia Muda, Bawang Putih, Lada Hitam dan Rempah Sop Bonjot hendak lah di blender bersama dengan minyak Masak (Minyak kelapa).

2. Kesemua bahan yang telah diblender hendak lah di panaskan dengan api yang perlahan sehinga mendidih.

3. Pada didihan yang pertama baru lah Jadam di masukkan sehingga sebati.

4. Sejukkan ramuan dan tempekkan keatas yang bengkak,kemudian di balut dengan daun Tembaga Suasa @ Daun Mulung @ Daun Bangkung . Dan baru lah di bandge.

5. Lakukan hanya pada sebelah malam dan hanya keperluan selama 3 malam sahaja. { Pada siang hari tempat yang membengkak hendak lah di tuam @ Demah dengan air garam panas }

6. Pada sebelah pagi, balutan hendak lah di buka dan dibersihkan dengan air panas yang telah bercampur dengan garam kasar.

SETELAH GENAP TIGA HARI (MALAM) BARU LAH KECEDERAAN TERSEBUT BOLEH DI URUT

Ingatan kepada ahli sukan dan kepada yang baru terseliuh atau bengkak-bengkak yang baru terkena perlulah ia di tuam atau di demah dengan air batu terlebih dahulu,tetapi sekiranya sudah memakan hari ianya hendaklah dituam atau di demah dengan air panas yang bercampur dengan garam kasar.Perlu diingatkan gunakan lah kain apabila hendak menuam atau mendemah.Jangan direndamkan tempat yang bengkak kedalam air.

LAMBAT DAPAT ANAK (UNTUK PEREMPUAN SAHAJA)(BAGI PEREMPUAN YANG SELALU MENGALAMI SEGUGUT SEWAKTU ANAK DARA ATAU WAKTU-WAKTU TERKINI)

Bahannya:-

Akar Lalang ( Umbut yang masih berada di dalam tanah )
Ambil sebanyak satu cekak jejari untuk kegunaan selama tiga( 3 ) hari.

Caranya :-

a) Akar lalang hendaklah di bersihkan terlebih dahulu dan di tumbuk serta direbus dengan bernisbah tiga gelas air sehigga menjadi satu gelas.

b) Air akar lalang yang telah di rebus hendak lah di tapis dengan cara
turasan kain dan di bolehkan sebelum minum di campur dengan gula batu.

c) Minum di waktu pagi bangun tidur dan di sebelah malam sebelum
tidur.

d) Amalan minum adalah selama tujuh ( 7 ) hari sahaja.

SEBELUM MINUM HENDAKLAH MEMBACA :-

i) SURAH AL FATIHAH - 3 KALI
ii) SURAH AL IKHLAS - 3 KALI
iii) SELAWAT ATAS NABI - 3 KALI
iv) DOA SENDIRI AGAR DI BUKA PINTU RAHIM


LAIN-LAIN AMALAN BAGI PASANGAN YANG LAMBAT MENDAPAT ANAK

1. Kepada Lelaki dan Perempuan jika perlu hendak lah berurut tubuh badan terlebih dahulu bagi pelancaran darah dan urat saraf sebelum mengamalkan RAMUAN UNTUK PEMULIHAN DALAMAN TUBUH.

2. Setelah selesai aturan-aturan diatas, pasangan hendak lah berpuasa yaitu tidak boleh bersama selama tiga kali haid ( HAID PERMPUAN ).

3. Selama waktu berpuasa pasangan hendaklah bersama-sama mengamalkan Sembahyang Sunat Tahajud, Sunat Hajad, Sunat Taubat,Sunat Tasbih dan Sunat Istikharah dengan berdoa kepada ALLAH agar di perkenankan memperolehi zuriat dalam masa yang terdekat.

RAMUAN UNTUK PEMULIHAN DALAMAN TUBUH (LELAKI DAN PEREMPUAN)

Bahan-bahan yang diperlukan :-
(RAMUAN DI PERUNTUKAN UNTUK SEORANG)

1. Halia Muda - 1 Buku (300 gm)
2. Bawang Merah (Kecil) - 250 gm
3. Bawang Putih - 150 gm
4. Lada Hitam - 1 Peket Besar
5. Telor Ayam Kampong - 14 Biji
6. Madu Lebah - 1 Botol
7. Kelapa Muda - 1 Biji


Caranya : -

a). 1, 2, 3 di blender dengan air masak mati ( air yang boleh diminum ) sebanyak Satu ( 1 ) Liter mengikut sukatan yang terdapat di blender.Setelah sebati di perah air nya dengan menggunakan kain turasan dan disimpan didalam botol. ( simpan dalam peti ais setelah digunakan ) di jadikan sebagai *JUS*.

b). Pecahkan telor ayam kampong sebanyak 2 biji kedalam gelas dan dicampor dengan 7 hingga 15 biji lada hitam yang telah ditumbuk, gaul sehingga sebati.

c). Masukkan madu lebah secukup rasa dan gaulkan hingga sebati.

d). Masukkan *JUS* sehingga menjadi 1 (satu) gelas dan digaul
rata sebelum di minum.

e). Tunggu selama 10 hingga 15 minit baru lah minim air kelapa muda sehingga habis.
( AIR KELAPA HANYA UNTUK DI MINUM PADA HARI PERTAMA SAHAJA ).

( a ) LAKUKAN TURUTAN
( b ) HINGGA
( c ) SELAMA 7 PAGI SEBAGAI SARAPAN PAGI.

PENGENALAN

SETIAP PENYAKIT YANG DI DUGA PASTI ADA PENAWARNYA...

CARI DAN KETEMUI LAH IA, SEBAGAIMANA KAMU MENCARI SEORANG KAWAN, TEMAN, SAHABAT, KEKASIH DAN CINTA SEJATI DALAM KEHIDUPAN MU.

InsyaAllah dengan izin darinya jua kita hidup sihat sejahtera sentiasa...

Semua yang di 'post' adalah berdasarkan kepada pengalaman sendiri sahaja.
Jika ada sebarang pengalaman yang hendak dikongsi bersama boleh sahaja diterima...

Kadang2... Kita lupa dan tidak nampak apa yang ada didepan mata...

Kadang2... Kanak2 kecil juga adalah seorang Khalifah untuk kita sebagai Pedoman dan Panduan...

Kadang2... Setiap yang diduga dan menduga adalah untuk menyedarkan kita bahawa tiada yang lebih berhak selain dari Nya jua...

Kadang2... Kita lupa untuk mencari dan mendapatkan apa yang hak disisi Nya...

BELAJAR LAH DAN CARI LAH ILMU DENGAN BERGURU KEPADA YANG ARIF ILMUNYA...

SESUNGGUHNYA SETIAP MANUSIA TIDAK SEMPURNA DAN SANGAT KERDIL DISISINYA...HANYA DENGAN DOA DAN PERMOHONAN YANG IKHLAS,JUJUR SERTA PENOH DENGAN TAWAKKAL ITU YANG LEBIH AFDAL,SEMUANYA ADALAH HANYA KEPADA NYA SAHAJA.... SESUNGGUHNYA SEGALA MAHKLUK YANG DI CIPTAKAN AKAN KEMBALI KEPADA PENCIPTA NYA YANG KEKAL ABADI... BERIMAN, BERAMAL, BERTAQWA DAN IKHLASKAN LAH DIRI KAMU DALAM MENGHARUNGI PENGHIDUPAN YANG DI LALUI....

[DARINYA KITA DATANG KEPADA NYA JUA KITA AKAN DIKEMBALIKAN]

RENUNG-RENUNGKAN LAH DAN FIKIR-FIKIRKAN AKAN SETIAP PERBUATAN DAN PERLAKUAN KITA SEHARIAN.