PENYAKIT DEMAM CAMPAK DAN DEMAM PANAS YANG BERPANJANGAN (TIDAK KIRA PERINGKAT UMUR)

Bahan yang diperlukan :-

1. Kelapa Muda - 3 Biji
2. Daun sireh (Temu Urat) - 14 Helai
3. Daun Semambu (Jika ada)
4. Jala Ikan Terpakai
5. Bedak Sejuk

Caranya :-

a). 1 Biji Kelapa di buat mandian dengan meramas 7 Helai Daun Sireh ke dalam nya terlebih dahulu.

b). 1 Biji Kelapa di buat untuk Minuman dan berserta Isi nya untuk di makan.

c). 1 Biji Kelapa, hanya air nya sahaja dan telah dicampur dengan ramasan 7 Helai Daun Sireh terlebih dahulu dan digunakan untuk dibuat sebagai Campuran Bedak Sejuk.( Air Kelapa dan ramasan daun sireh untuk bahagian ini hendaklah di asingkan dalam bekas dan di simpan didalam Peti Sejuk ).

JADIKAN AMALAN BERBEDAK SEJUK SEPANJANG MASA SEHINGGA DEMAM SEMBUH

d). Daun Semambu dan Jala Ikan Terpakai hendaklah di jadikan sebagai Alasan Tidur di Waktu Malam (Juga di Siang Hari jika ianya Anak-Anak Kecil)


SEWAKTU MENYEDIAKAN KESEMUA AIR KELAPA MUDA, HENDAKLAH SEIRINGAN DENGAN MEMBACA :-
i) SURAH AL FATIHAH - 3 KALI
ii) SURAH AL IKHLAS - 3 KALI
iii) SELAWAT ATAS NABI - 3 KALI
iv) DOA SENDIRI UNTUK KESEMBUHAN

( INSYAALAH SETELAH SEMBUH IANYA TIDAK AKAN MENINGGALKAN SEBARANG PARUT DI KULIT )

Tiada ulasan: