RAMUAN TERSELIUH DAN MEMBENGKAK TERMASUK PATAH TULANG / TULANG RETAK

Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Halia muda - 1 Buku (500 gm)
2. Bawang Putih - 250 gm
3. Rempah Sop Bonjot - 1 Bungkus
4. Lada Hitam - 1 Bungkus ( 150 gm )
5. Jadam - 500 gm
6. Daun Tembaga suasa @ Mulung @ Bangkung


Caranya :-

1. Halia Muda, Bawang Putih, Lada Hitam dan Rempah Sop Bonjot hendak lah di blender bersama dengan minyak Masak (Minyak kelapa).

2. Kesemua bahan yang telah diblender hendak lah di panaskan dengan api yang perlahan sehinga mendidih.

3. Pada didihan yang pertama baru lah Jadam di masukkan sehingga sebati.

4. Sejukkan ramuan dan tempekkan keatas yang bengkak,kemudian di balut dengan daun Tembaga Suasa @ Daun Mulung @ Daun Bangkung . Dan baru lah di bandge.

5. Lakukan hanya pada sebelah malam dan hanya keperluan selama 3 malam sahaja. { Pada siang hari tempat yang membengkak hendak lah di tuam @ Demah dengan air garam panas }

6. Pada sebelah pagi, balutan hendak lah di buka dan dibersihkan dengan air panas yang telah bercampur dengan garam kasar.

SETELAH GENAP TIGA HARI (MALAM) BARU LAH KECEDERAAN TERSEBUT BOLEH DI URUT

Ingatan kepada ahli sukan dan kepada yang baru terseliuh atau bengkak-bengkak yang baru terkena perlulah ia di tuam atau di demah dengan air batu terlebih dahulu,tetapi sekiranya sudah memakan hari ianya hendaklah dituam atau di demah dengan air panas yang bercampur dengan garam kasar.Perlu diingatkan gunakan lah kain apabila hendak menuam atau mendemah.Jangan direndamkan tempat yang bengkak kedalam air.

Tiada ulasan: