PENYAKIT BERKENAAN DENGAN TELINGA (BERNANAH ATAU SEBALIK NYA)

Bahan yang diperlukan :-

1. Minyak kelapa (Masak Sendiri) - 3biji (Santan)
2. Kemenyan Hitam - 50 gm
3. Bulu Ayam Kampong - 1 helai
4. Cotton Bad (pencuci telinga)


Caranya :-

a) Camporkan Minyak Kelapa dengan Kemenyam Hitam yang yang telah ditumbuk halus ( Ditapis Halus )

b) Bersihkan Bulu Ayam
-Bulu Ayam hendak lah diambil dengan bersyarat, Ayam hendaklah telah diberi Makan terlebih dahulu.
-Hendaklah Meminta Izin dahulu kepada ayam tersebut sebelum Bulu nya di Cabut ( cth: Hai, Ayam aku mohon izin mengambil bulu mu sehelai untuk mengubati telinga Ku atau Si Polan Bin Si polan) dan ucapankan lah terima kasih sebelum ia nya di lepaskan.

c) Bersih Telinga dengan Cotton Bad terlebih dahulu.

d) Guna Bulu Ayam dan Culupkan ke dalam Minyak Kelapa.

e) Masukkan Bulu Ayam tersebut ke dalam Telinga dan Gentel-Gentelkan untuk beberapa kali. ( LAKUKAN SEWAKTU BULU AYAM BASAH DAN TERAKHIR SEKALI DENGAN YANG KERING )

f) Lakukan sebanyak 3 kali turutan dan di lakukan 3 kali sehari.
( Di Waktu Pagi dan Petang selepas mandi dan Di Waktu Malam Sebelum Tidur ).

g) Ulangi sehingga mendapat kelegaan.



SEBELUM MEMASUKKAN BULU AYAM KEDALAM TELINGA HENDAK LAH MEMBACA :-
-SURAH AL FATIHAH - 3 KALI
-SURAH AL IKHLAS - 3 KALI
-SELAWAT KE ATAS NABI - 3 KALI
-BERDOA LAH SENDIRI MEMOHON UNTUK KESEMBUHAN
-HEMBUSKAN NAFAS KEDALAM BEKAS MINYAK

RAMUAN PENYAKIT KULIT (KAYAP,KUDIS BUTA ,MAKAN AIR DI CELAH JARI KAKI / TANGAN DLL)

Bahan yang diperlukan :-

Buah keras (telah dibuang kulit) - 500 gm hingga 1 kg (boleh disimpan lama)


Caranya :-

Buah keras hendaklah di bakar Hangus dan kemudian ianya hendaklah di Blender sehingga menjadi Minyak (Seperti Minyak Hitam).

RAMUAN TERSEBUT HENDAKLAH DISIMPAN DIDALAM BEKAS DAN DIJAUHI DARI CUACA YANG TERLALU PANAS DAN TERLALU SEJUK.

Cara guna:-

MINYAK DAN HAMPAS BUAH KERAS HENDAKLAH DISAPU RATA KEATAS PENYAKIT YANG DI HIDAPI BERMULA PADA WAKTU MALAM HARI TERLEBIH DAHULU SEBELUM TIDUR ( HARI PERTAMA ) DAN KEESOKAN PAGI DAN PETANG SELEPAS MANDI DAN SETERUSNYA HINGGA SEMBUH.

( INSYAALAH APABILA SEMBUH NANTI IANYA TIDAK AKAN MENINGGAL SEBARANG PARUT DI KULIT )

RAMUAN ANAK LAMBAT BERJALAN (anak kecil)

Bahan yang diperlukan :-

Rebung Kunyit


Caranya :-

1. Minyak Kelapa masak sendiri ( Santan 3 Biji Kelapa )

2. Rebung Kunyit Sebanyak 7, 9, 11, 13, 15 atau berganjil


SETELAH SANTAN KELAPA MENJADI MINYAK, ASINGKAN TERLEBIH DAHULU DAN MASUKKAN REBUNG KUNYIT YANG TELAH DI TUMBUK KEDALAM MINYAK KELAPA ( Sewaktu Minyak masih panas lagi ) SERTA KACAU MENJADI SEBATI.



Cara guna :-

Sapu pada setiap Sendi Seluruh Badan Anak Pada setiap Pagi dan Petang selepas mandi dan sebelum tidur malam, lakukan sehingga minyak habis.

RAMUAN UNTUK PENYAKIT BUASIR

Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Kulit Buah Delima - 1 Biji buah Delima.
2. Ibu Kunyit - 500 gm
3. Daun Inai - Dengan sukatan satu dahan yang berdaun lebat.
4. Ubi Temu Hitam - 500 gm

SEMUA RAMUAN HENDAKLAH DI BLENDER DENGAN NISBAH AIR 1 LETER
( AIR YANG SEDIA BOLEH DI MINUM ).
JADIKAN SEBAGAI *JUS* DAN DI MASUKKAN DALAM BEKAS DAN SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK.


Caranya :-

a). Ambil satu sudu camca *JUS* dan masukkan kedalam gelas kemudian di tambah dengan air masak mendidih.

b) Suamkan ramuan dan sedia untuk di minum.

c) Ramuan hendak lah di amalkan dan di ulangi setiap hari selepas sarapan pagi dan sebelum tidur sehingga sembuh.

d) Untuk demahan pada lubang dubur, ambil putik kelapa yang telah di lumur dengan minyak kelapa, panaskan ke api dan di balut dengan kain. Dudukkanlah diatas nya dengan keselesaan sendiri bagi pengecutan luaran.


SEBELUM MINUM *JUS* HENDAKLAH MEMBACA SURAH:-

i) AL FATIHAH - 3 KALI
ii) AL KHULYA - 1 KALI
iii) AL IKHLAS - 1 KALI
iv) AL FALAK - 1 KALI
v) AN NAS - 1 KALI
vi) SELAWAT ATAS NABI - 3 KALI
vii) BERDOA SENDIRI KEPADA ALLAH UNTUK KESEMBUHAN
viii)HEMBUSKAN NAFAS KEMULUT GELAS DAN MINUM

RAMUAN UNTUK BATUK YANG BERPANJANGAN

RAMUAN PERTAMA

Bunga Belimbing Buluh (SESUAI UNTUK ANAK-ANAK KECIL)

Caranya :-

a). Ambil semangkuk bunga belimbing buluh dan dibahagi 3 ( tiga ) – Satu bahagian untuk DUA hari

b) Masukkan kedalam mangkuk yang tahan panas,isikan sedikit air ( lebih kurang 3 sudu camca minuman ).

c) Kukus ramuan sehingga 3 hingga 6 jam.

d) Sejukkan dan bolihlah di beri minum mengikut sukatan 1 sudu camca,tiga 3 atau 4 kali sehari

AMALKAN SELAMA SEMINGGU.




RAMUAN KEDUA

Kelapa Muda (Masih Rebung tetapi berair)

Caranya :-

a) Keluarkan air kelapa dan campurkan sedikit tempurung muda.

b) Campuran hendaklah di blender dan di turas airnya dengan kain.

c) Amalkan meminumnya 3 kali sehari dan di bolehkan dicampur dengan gula batu.

AMALKAN DENGAN HANYA TIGA BIJI KELAPA SAHAJA.
( minum secara berturut-turut sehingga habis kelapa muda ).





RAMUAN KETIGA

Kelapa Muda (Isi yang berhingus)

Caranya :-

a) Air dan isinya hendaklah di blender.

b) Sewaktu hendak minum di bolehkan di campur dengan gula batu.

AMALKAN DENGAN HANYA TIGA BIJI KELAPA SAHAJA
(minum secara berturut-turut sehingga habis kelapa )