RAMUAN UNTUK BATUK YANG BERPANJANGAN

RAMUAN PERTAMA

Bunga Belimbing Buluh (SESUAI UNTUK ANAK-ANAK KECIL)

Caranya :-

a). Ambil semangkuk bunga belimbing buluh dan dibahagi 3 ( tiga ) – Satu bahagian untuk DUA hari

b) Masukkan kedalam mangkuk yang tahan panas,isikan sedikit air ( lebih kurang 3 sudu camca minuman ).

c) Kukus ramuan sehingga 3 hingga 6 jam.

d) Sejukkan dan bolihlah di beri minum mengikut sukatan 1 sudu camca,tiga 3 atau 4 kali sehari

AMALKAN SELAMA SEMINGGU.




RAMUAN KEDUA

Kelapa Muda (Masih Rebung tetapi berair)

Caranya :-

a) Keluarkan air kelapa dan campurkan sedikit tempurung muda.

b) Campuran hendaklah di blender dan di turas airnya dengan kain.

c) Amalkan meminumnya 3 kali sehari dan di bolehkan dicampur dengan gula batu.

AMALKAN DENGAN HANYA TIGA BIJI KELAPA SAHAJA.
( minum secara berturut-turut sehingga habis kelapa muda ).





RAMUAN KETIGA

Kelapa Muda (Isi yang berhingus)

Caranya :-

a) Air dan isinya hendaklah di blender.

b) Sewaktu hendak minum di bolehkan di campur dengan gula batu.

AMALKAN DENGAN HANYA TIGA BIJI KELAPA SAHAJA
(minum secara berturut-turut sehingga habis kelapa )

Tiada ulasan: