LAMBAT DAPAT ANAK (UNTUK PEREMPUAN SAHAJA)(BAGI PEREMPUAN YANG SELALU MENGALAMI SEGUGUT SEWAKTU ANAK DARA ATAU WAKTU-WAKTU TERKINI)

Bahannya:-

Akar Lalang ( Umbut yang masih berada di dalam tanah )
Ambil sebanyak satu cekak jejari untuk kegunaan selama tiga( 3 ) hari.

Caranya :-

a) Akar lalang hendaklah di bersihkan terlebih dahulu dan di tumbuk serta direbus dengan bernisbah tiga gelas air sehigga menjadi satu gelas.

b) Air akar lalang yang telah di rebus hendak lah di tapis dengan cara
turasan kain dan di bolehkan sebelum minum di campur dengan gula batu.

c) Minum di waktu pagi bangun tidur dan di sebelah malam sebelum
tidur.

d) Amalan minum adalah selama tujuh ( 7 ) hari sahaja.

SEBELUM MINUM HENDAKLAH MEMBACA :-

i) SURAH AL FATIHAH - 3 KALI
ii) SURAH AL IKHLAS - 3 KALI
iii) SELAWAT ATAS NABI - 3 KALI
iv) DOA SENDIRI AGAR DI BUKA PINTU RAHIM


LAIN-LAIN AMALAN BAGI PASANGAN YANG LAMBAT MENDAPAT ANAK

1. Kepada Lelaki dan Perempuan jika perlu hendak lah berurut tubuh badan terlebih dahulu bagi pelancaran darah dan urat saraf sebelum mengamalkan RAMUAN UNTUK PEMULIHAN DALAMAN TUBUH.

2. Setelah selesai aturan-aturan diatas, pasangan hendak lah berpuasa yaitu tidak boleh bersama selama tiga kali haid ( HAID PERMPUAN ).

3. Selama waktu berpuasa pasangan hendaklah bersama-sama mengamalkan Sembahyang Sunat Tahajud, Sunat Hajad, Sunat Taubat,Sunat Tasbih dan Sunat Istikharah dengan berdoa kepada ALLAH agar di perkenankan memperolehi zuriat dalam masa yang terdekat.

Tiada ulasan: