RAMUAN LUKA YANG BESAR ATAU TERKENA AIR / MINYAK PANAS DAN YANG TELAH MENGELUPAS KULIT

Bahan-bahan yang diperlukan :-

1. Manja Kani - 600 gm
2. Kayu Manis - 150 gm


Cara membuatnya :-

1. Manja Kani dan Kayu Manis terlebih dahulu hendaklah di jemur kering atau di rendang dalam kuali tanpa berminyak sehingga garing atau kering.

2. Seterus nya kedua-kedua nya hendak lah di tumbuk agar memudahkan untuk dilender halus.

3. Setelah di blender hendaklah ditapis halus dan disimpan di tempat yang
Kering.


Cara menggunakannya ;-

1. Luka hendak lah di bersihkan terlebih dahulu.

2. Taburkan keatas luka hingga rata.

3. Gunakan Bandge untuk penyerapan ramuan dengan cepat.

4. Balut sehingga 10 hingga 15 minit dan buka.

5. Lihat ramuan sekira nya masih ada lembapan pada luka, perlu di tabur sekali lagi dan tidak perlu lagi di bandge ( cukup dengan menekan dengan kain gause sahaja ).

6. Keadaan pada luka hendaklah kelihatan kering seperti parut.

7. Di hari-hari kemudian sekiranya parut kelihatan terlalu kering,perlulah menggunakkan sebarang minyak untuk pelembapan.


SESUAI UNTUK LUKA-LUKA YANG LEBAR (BESAR) DAN JUGA YANG KECIL SEPERTI LUKA TERHIRIS PISAU DAN SEBAGAI NYA. SESUAI JUGA DIGUNAKAN PADA GUSI YANG GIGI BARU DICABUT, HANYA DENGAN MELEKAPKAN RAMUAN TERSEBUT PADA GUSI DENGAN MENGGUNAKAN KAIN GAUSE.

UNTUK LUKA LAMA YANG TELAH BERPARUT DAN MASIH LAGI TIDAK SEMBUH DAN BERNANAH:-
Perlu di sediakan:
1. Ibu atau Kunyit HIdup - 250 grm
2. Minyak Masak
3. Daun Tembaga Suasa @ Daun Bangkung @ Daun Mulung
4. Bandge 1 @ 2 Gulung yang mana sesuai

KUNYIT HENDAKLAH DI PARUT ATAU DI BLENDER HALUS DAN DI MASAK DENGAN MINYAK SEHINGGA MENDIDIH.SETELAH SEJUK PARUTAN TADI HENDAKLAH DITEMPEKKAN RATA PADA RARUTAN LUKA. KEMUDIAN DI BUNGKUS DENGAN DAUN TEMBAGA SUASA YANG TELAH DI LAYURKAN KE API(seperti layuran daun pisang)DAN DI BALUT DENGAN BANDGE SELAMA 1 @ 2 JAM ATAU LEBIH BAGI MELEMBUTKAN PARUTAN.BUKA DAN BERSIHKAN PARUTAN LUKA DENGAN KAIN GAUSE SEHINGGA LUKA MENJADI SEPERTI ASAL(seperti luka mula terkena). AKHIR SEKALI TABURKAN SERBUK SEPERTI MANA PERATURAN YANG DI ATAS.




MENGUBATI LUKA-LUKA KECIL DAN MENAHAN PENGALIRAN DARAH TERKENA HIRISAN PISAU SERTA BARU TERKENA API ATAU MINYAK PANAS SEBELUM IANYA MENGELEMBUNG.


Caranya :-

Letakkan ibu jari kelelangit (mulut) dalam masa yang sama bacalah :-
- Surah Al Fatihah - 3 Kali
- Surah Al Ikhlas - 3 Kali
- Selawat atas Nabi - 3 Kali

KELUARKAN JARI DAN BACALAH SURAh AL-MASAD (AL-LAHAB) ( pada ayat Pertama lekapkan jari pada luka dan berhenti seketika ). TERUSKAN SURAH HINGGA SELESAI, LURUTKAN JEJARI MENGIKUT ARAH LUKA KELUAR.

Tiada ulasan: